LAPORAN TAHUNAN 2013

PUSAT PENYELIDIKAN & PENGURUSAN SUMBER ALAM
@ CENTRE FOR EARTH RESOURCES RESEARCH & MANAGEMENT (CERRM)


1.0            PENGENALAN

 

1.1            Sejarah Penubuhan

 Pusat Penyelidikan & Pengurusan Sumber Alam (Centre for Earth Resources Research & Management) atau nama singkatannya CERRM ditubuhkan pada tahun 2008 setelah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 4/2008 bertarikh 17 Julai 2008 di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam dengan pelantikan Pengarah yang pertama pada 1 April 2009. CERRM ditubuhkan bagi mewujudkan one-stop-centre untuk aktiviti penyelidikan dan perundingan, membina kepakaran (poll of expertise) dalam bidang utama kejuruteraan awam dan sumber alam secara terancang dan bersistem, menjadikan CERRM sebagai tempat rujukan dalam Kejuruteraan Awam Dan Sumber Alam Di Zon Timur Semenanjung Malaysia dan mengambil bahagian aktif dalam aktiviti ekonomi di Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER). Visi CERRM adalah untuk menjadi sebuah pusat bertaraf dunia dalam bidang Pengurusan Teknologi dan Kejuruteraan Sumber Alam. Fokusnya kepada menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan penyelidikan sumber alam untuk pembangunan berterusan demi mencapai objektif penubuhannya.

1.2 Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  1. Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan perkhidmatan dan perundingan kepada masyarakat dan industri.
  2. Menawarkan pelbagai disiplin kemahiran dan kepakaran daripada penyelidik.
  3. Menawarkan ijazah lanjutan dan melahirkan siswazah yang berkualiti tinggi dengan kemahiran tersedia untuk industri.
  4. Memberi perundingan kepada agensi-agensi kerajaan dan industri.
  5. Menjalankan penyelidikan multi-disiplin dengan menjalinkan kolaborasi antarabangsa.
  6. Membangunkan sumber dan infrastruktur untuk penyelidikan, perkhidmatan dan latihan.
  7. Menjana hasil pendapatan melalui perkhidmatan dan kursus latihan.
  8. Menggalakkan rangkaian kerjasama tempatan, nasional da nantarabangsa di kalangan ahli akademik dan profesional.
  9. Perundingan dan Perkhidmatan berkaitan alam sekitar seperti pengelasan sungai dan kajian pencemaran, kajian lembangan sungai, tasik dan kajian takungan, rawatan air sisa perindustrian, perlindungan hakisan pantai, penambakan tanah, air bawah tanah, sisa pepejal dan tapak pelupusan serta kawalan pencemaran udara.

 

1.3 Senarai Staf

Staf pentadbiran terdiri daripada seorang Pegawai Penyelidik (RO), seorang Penolong Pendaftar dan seorang Pembantu Tadbir yang membantu kerja-kerja pentadbiran, kewangan, penyelidikan dan perundingan di CERRM.

organization

Selain staf pentadbiran, CERRM juga diterajui oleh beberapa Pensyarah daripada pelbagai fakulti (Multi Disiplin) sebagai Felo Penyelidik. Ini adalah kerana objektif CERRM adalah untuk menjadi satu ‘one-stop-centre’ dalam menyediakan kepakaran multi disiplin dari segi penyelidikan dan perundingan dalam bidang yang berkaitan kejuruteraan, alam sekitar dan sumber alam.

 

1.4 Senarai Felo Penyelidik

Sebagai sebuah Centre of Excellence, CERRM diterajui oleh enam (6) orang Felo Penyelidik iaitu:

Bil Nama Fakulti Kepakaran
1. Dr. Wan Mohd Faizal bin Wan Ishak

Pengarah CERRM

Fakulti Sains &Teknologi Industri (FIST) Environmental, Water & Wastewater Treatment

EIA Consultant

2. Engr. Shariza binti Mat Aris

Timbalan Pengarah CERRM

Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) Green Building

Building Structure Assessment

3. Prof. Madya Dr. Rizalman bin Mamat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Green Energy, Engine & Testing
4. Dr. Norazwina binti Zainol Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) Wastewater Treatment
5. Dr. Mohd Rusllim Bin Mohamed Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Renewable Energy
6. Dr. Daisuke Kozaki Fakulti Sains &Teknologi Industri (FIST) Chemistry
7. Pn. Nadiah binti Mokhtar Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) Solid Waste & Wastewater Treatment
8. Puan Afiza Abdullah binti Suhaimi Fakulti Teknologi Scheduled Waste Management



1.5 Senarai Profesor Adjung CERRM

Bil Nama Jawatan Institusi / Agensi Tarikh Lantikan
1. Ir. Dr. Nasehir Khan Bin E.M. Yahaya Pengarah, Pusat Kajian Lembangan Sungai Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia (JPS) 03/10/2012 – 02/10/2013
2. Ir.Mohd Abdul Nassir Bin Bidin Pengarah, Bahagian Pengurusan Banjir Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia (JPS) 19/01/2013 – 18/01/2015

 

1.6 Senarai Profesor Tamu CERRM

Bil Nama Jawatan Institusi / Agensi Tarikh Lantikan
1. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin B Shaaban Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

 

01/12/2013 – 30/11/2014
2. Prof. Dr. Hyunook Kim Director, Department of Energy of Environmental System Engineering University of Seoul, South Korea 12/10/2013 – 11/10/2014

1.7 PROGRAM PASCA SISWAZAH CERRM

CERRM menawarkan program Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan bagi pelajar Pasca Siswazah iaitu :-

1) Sarjana (Pengurusan Alam Sekitar)
2) Sarjana (Teknologi Alam Sekitar)
3) Doktor Falsafah (Pengurusan Alam Sekitar)
4) Doktor Falsafah (Teknologi Alam Sekitar)

Lawatan Audit pihak MQA bagi Program Pengajian Siswazah Secara Penyelidikan telah pun diadakan pada 09 Oktober 2013 dan 10 Oktober 2013.

 

2.0 PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN

2.1 Projek Penyelidikan Dan Perundingan 2013  

BIL. NAMA PROJEK KLIEN NILAI PROJEK

(RM)

1. Monitoring Galing River Water Quality By Using Lab On Chip (LOC). (UIC131501) University of Seoul, Korea
2. Kajian Sistem Rawatan Air Hujan Di Rumah Panjang Bair Betong Sarawak. NAHRIM
3. Environment Monitoring Plan of The Proposed Construction and Completion Of Packages 3 (Diary Complex) of the Muadzam Shah Cattle Research. Kembang Serantau Sdn. Bhd.
4. Study On Water And Wastewater Quality And Design Of Wastewater Treatment Plant. Majlis Perbandaran Selayang.
5. Water Quality Monitoring On Flood Diversion And Its Effect On Fireflies Habitat At Sungai Kemaman. NAHRIM
JUMLAH KESELURUHAN

 

  

3.0 PENGLIBATAN DENGAN AGENSI LUAR

3.1 Kerjasama Dengan Sektor Awam

UMP melalui inisiatif CERRM telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Di Antara Universiti Malayia Pahang (UMP) Dengan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pada 19 November 2013 di Dewan Banquet, Canseleri. Kolaborasi dua hala antara UMP-NAHRIM ini adalah bagi melaksanakan pelbagai program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) membabitkan pembangunan produk inovasi selain pengkhususan kajian dalam bidang Kejuruteraan Hidraulik, Kejuruteraan Pantai, Pembangunan Sumber Air dan Kualiti Air.

report2013

 

Disediakan oleh :                                                               Disediakan oleh :

Rahiatul Adawiyah Bt Mohd Ruslan                                 Ahmad Amirul Faiz B Ahmad Tajudin

Penolong Pendaftar CERRM                                                    Pegawai Penyelidik CERRM

Di semak:

Eng. Shariza Bt Mat Aris

Timbalan Pengarah

Pusat Penyelidikan &Pengurusan Sumber Alam

Tarikh :

Disahkan oleh :
Dr.Wan Mohd Faizal B Wan Ishak

Pengarah

Pusat Penyelidikan &Pengurusan Sumber Alam

Tarikh :

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s