LAPORAN TAHUNAN 2013

PUSAT PENYELIDIKAN & PENGURUSAN SUMBER ALAM
@ CENTRE FOR EARTH RESOURCES RESEARCH & MANAGEMENT (CERRM)


1.0            PENGENALAN

 

1.1            Sejarah Penubuhan

 Pusat Penyelidikan & Pengurusan Sumber Alam (Centre for Earth Resources Research & Management) atau nama singkatannya CERRM ditubuhkan pada tahun 2008 setelah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 4/2008 bertarikh 17 Julai 2008 di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam dengan pelantikan Pengarah yang pertama pada 1 April 2009. CERRM ditubuhkan bagi mewujudkan one-stop-centre untuk aktiviti penyelidikan dan perundingan, membina kepakaran (poll of expertise) dalam bidang utama kejuruteraan awam dan sumber alam secara terancang dan bersistem, menjadikan CERRM sebagai tempat rujukan dalam Kejuruteraan Awam Dan Sumber Alam Di Zon Timur Semenanjung Malaysia dan mengambil bahagian aktif dalam aktiviti ekonomi di Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER). Visi CERRM adalah untuk menjadi sebuah pusat bertaraf dunia dalam bidang Pengurusan Teknologi dan Kejuruteraan Sumber Alam. Fokusnya kepada menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan penyelidikan sumber alam untuk pembangunan berterusan demi mencapai objektif penubuhannya.

1.2 Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  1. Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan perkhidmatan dan perundingan kepada masyarakat dan industri.
  2. Menawarkan pelbagai disiplin kemahiran dan kepakaran daripada penyelidik.
  3. Menawarkan ijazah lanjutan dan melahirkan siswazah yang berkualiti tinggi dengan kemahiran tersedia untuk industri.
  4. Memberi perundingan kepada agensi-agensi kerajaan dan industri.
  5. Menjalankan penyelidikan multi-disiplin dengan menjalinkan kolaborasi antarabangsa.
  6. Membangunkan sumber dan infrastruktur untuk penyelidikan, perkhidmatan dan latihan.
  7. Menjana hasil pendapatan melalui perkhidmatan dan kursus latihan.
  8. Menggalakkan rangkaian kerjasama tempatan, nasional da nantarabangsa di kalangan ahli akademik dan profesional.
  9. Perundingan dan Perkhidmatan berkaitan alam sekitar seperti pengelasan sungai dan kajian pencemaran, kajian lembangan sungai, tasik dan kajian takungan, rawatan air sisa perindustrian, perlindungan hakisan pantai, penambakan tanah, air bawah tanah, sisa pepejal dan tapak pelupusan serta kawalan pencemaran udara.

 

1.3 Senarai Staf

Staf pentadbiran terdiri daripada seorang Pegawai Penyelidik (RO), seorang Penolong Pendaftar dan seorang Pembantu Tadbir yang membantu kerja-kerja pentadbiran, kewangan, penyelidikan dan perundingan di CERRM.

organization

Selain staf pentadbiran, CERRM juga diterajui oleh beberapa Pensyarah daripada pelbagai fakulti (Multi Disiplin) sebagai Felo Penyelidik. Ini adalah kerana objektif CERRM adalah untuk menjadi satu ‘one-stop-centre’ dalam menyediakan kepakaran multi disiplin dari segi penyelidikan dan perundingan dalam bidang yang berkaitan kejuruteraan, alam sekitar dan sumber alam.

 

1.4 Senarai Felo Penyelidik

Sebagai sebuah Centre of Excellence, CERRM diterajui oleh enam (6) orang Felo Penyelidik iaitu:

Bil Nama Fakulti Kepakaran
1. Dr. Wan Mohd Faizal bin Wan Ishak

Pengarah CERRM

Fakulti Sains &Teknologi Industri (FIST) Environmental, Water & Wastewater Treatment

EIA Consultant

2. Engr. Shariza binti Mat Aris

Timbalan Pengarah CERRM

Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) Green Building

Building Structure Assessment

3. Prof. Madya Dr. Rizalman bin Mamat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Green Energy, Engine & Testing
4. Dr. Norazwina binti Zainol Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) Wastewater Treatment
5. Dr. Mohd Rusllim Bin Mohamed Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Renewable Energy
6. Dr. Daisuke Kozaki Fakulti Sains &Teknologi Industri (FIST) Chemistry
7. Pn. Nadiah binti Mokhtar Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) Solid Waste & Wastewater Treatment
8. Puan Afiza Abdullah binti Suhaimi Fakulti Teknologi Scheduled Waste Management



1.5 Senarai Profesor Adjung CERRM

Bil Nama Jawatan Institusi / Agensi Tarikh Lantikan
1. Ir. Dr. Nasehir Khan Bin E.M. Yahaya Pengarah, Pusat Kajian Lembangan Sungai Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia (JPS) 03/10/2012 – 02/10/2013
2. Ir.Mohd Abdul Nassir Bin Bidin Pengarah, Bahagian Pengurusan Banjir Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia (JPS) 19/01/2013 – 18/01/2015

 

1.6 Senarai Profesor Tamu CERRM

Bil Nama Jawatan Institusi / Agensi Tarikh Lantikan
1. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin B Shaaban Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

 

01/12/2013 – 30/11/2014
2. Prof. Dr. Hyunook Kim Director, Department of Energy of Environmental System Engineering University of Seoul, South Korea 12/10/2013 – 11/10/2014

1.7 PROGRAM PASCA SISWAZAH CERRM

CERRM menawarkan program Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan bagi pelajar Pasca Siswazah iaitu :-

1) Sarjana (Pengurusan Alam Sekitar)
2) Sarjana (Teknologi Alam Sekitar)
3) Doktor Falsafah (Pengurusan Alam Sekitar)
4) Doktor Falsafah (Teknologi Alam Sekitar)

Lawatan Audit pihak MQA bagi Program Pengajian Siswazah Secara Penyelidikan telah pun diadakan pada 09 Oktober 2013 dan 10 Oktober 2013.

 

2.0 PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN

2.1 Projek Penyelidikan Dan Perundingan 2013  

BIL. NAMA PROJEK KLIEN NILAI PROJEK

(RM)

1. Monitoring Galing River Water Quality By Using Lab On Chip (LOC). (UIC131501) University of Seoul, Korea
2. Kajian Sistem Rawatan Air Hujan Di Rumah Panjang Bair Betong Sarawak. NAHRIM
3. Environment Monitoring Plan of The Proposed Construction and Completion Of Packages 3 (Diary Complex) of the Muadzam Shah Cattle Research. Kembang Serantau Sdn. Bhd.
4. Study On Water And Wastewater Quality And Design Of Wastewater Treatment Plant. Majlis Perbandaran Selayang.
5. Water Quality Monitoring On Flood Diversion And Its Effect On Fireflies Habitat At Sungai Kemaman. NAHRIM
JUMLAH KESELURUHAN

 

  

3.0 PENGLIBATAN DENGAN AGENSI LUAR

3.1 Kerjasama Dengan Sektor Awam

UMP melalui inisiatif CERRM telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Di Antara Universiti Malayia Pahang (UMP) Dengan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pada 19 November 2013 di Dewan Banquet, Canseleri. Kolaborasi dua hala antara UMP-NAHRIM ini adalah bagi melaksanakan pelbagai program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) membabitkan pembangunan produk inovasi selain pengkhususan kajian dalam bidang Kejuruteraan Hidraulik, Kejuruteraan Pantai, Pembangunan Sumber Air dan Kualiti Air.

report2013

 

Disediakan oleh :                                                               Disediakan oleh :

Rahiatul Adawiyah Bt Mohd Ruslan                                 Ahmad Amirul Faiz B Ahmad Tajudin

Penolong Pendaftar CERRM                                                    Pegawai Penyelidik CERRM

Di semak:

Eng. Shariza Bt Mat Aris

Timbalan Pengarah

Pusat Penyelidikan &Pengurusan Sumber Alam

Tarikh :

Disahkan oleh :
Dr.Wan Mohd Faizal B Wan Ishak

Pengarah

Pusat Penyelidikan &Pengurusan Sumber Alam

Tarikh :

Advertisements

LAPORAN TAHUNAN 2012

Pusat Penyelidikan & Pengurusan Sumber Alam (Centre for Earth Resources Research & Management) atau nama singkatannya CERRM ditubuhkan pada tahun 2008 setelah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 4/2008 bertarikh 17 Julai 2008 di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam dengan pelantikan Pengarah yang pertama pada 1 April 2009.

Staf pentadbiran terdiri daripada seorang Pegawai Penyelidik (RO), seorang Penolong Pendaftar, seorang Setiausaha Pejabat, seorang Pembantu Tadbir yang membantu kerja-kerja pentadbiran, penyelidikan dan perundingan di CERRM

Selain staf pentadbiran, CERRM juga diterajui oleh beberapa Pensyarah daripada pelbagai fakulti (Multi Disiplin) sebagai Felo Penyelidik. Ini adalah kerana objektif CERRM adalah untuk menjadi satu ‘one-stop-centre’ dalam menyediakan kepakaran multi disiplin dari segi penyelidikan dan perundingan dalam bidang yang berkaitan kejuruteraan, alam sekitar dan sumber alam.

VISI

Menjadi sebuah pusat bertaraf dunia dalam bidang Pengurusan Teknologi da nKejuruteraan Sumber Alam.


MISI

Kami menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan penyelidikan sumber alam untuk pembangunan berterusan.


OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan yang kompetitif bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Mewujudkan jalinan SMART dengan pelanggan dan pesaing melalui inisiatif pemindahan teknologi.
  • Bertujuan untuk merentasi kehendak industri yang releven dalam penyelidikan sumber alam.
  • Menghasilkan sumber manusia yang kompeten dalam bidang sumber alam.


KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI CERRM

  1. Galeri – tempat pameran dan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh CERRM.
  2. Bilik Seminar – menyediakan ruang untuk mengadakan seminar, bengkel, perbincangan yang boleh memuatkan seramai 30 orang.
  3. Bilik Mesyuarat

GaleriGaleri

PejabatPengarah

Pejabat Pengarah CERRM

BilikMesyuarat

Bilik Mesyuarat CERRM

 Bilik Seminar 

Bilik Seminar CERRM

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan perkhidmatan dan perundingan kepada masyarakat dan industri.
  2. Menawarkan pelbagai disiplin kemahiran dan kepakaran daripada penyelidik.
  3. Menawarkan ijazah lanjutan dan melahirkan siswazah yang berkualiti tinggi dengan kemahiran tersedia untuk industri.
  4. Memberi perundingan kepada agensi-agensi kerajaan dan industri.
  5. Menjalankan penyelidikan multi-disiplin dengan menjalinkan kolaborasi antarabangsa.
  6. Membangunkan sumber dan infrastruktur untuk penyelidikan, perkhidmatan dan latihan.
  7. Menjana hasil pendapatan melalui perkhidmatan dan kursus latihan.
  8. Menggalakkan rangkaian kerjasama tempatan, nasional da nantarabangsa di kalangan ahli akademik dan profesional.
  9. Perundingan dan Perkhidmatan berkaitan alam sekitar seperti pengelasan sungai dan kajian pencemaran, kajian lembangan sungai, tasik dan kajian takungan, rawatan air sisa perindustrian, perlindungan hakisan pantai, penambakan tanah, air bawah tanah, sisa pepejal dan tapak pelupusan serta kawalan pencemaran udara.

SENARAI FELO PENYELIDIK CERRM

Sebagai sebuah Centre of Excellence, CERRM diterajui oleh dua belas (12) orang Felo Penyelidik iaitu:

Bil Nama Fakulti Kepakaran
1. Dr. Wan Mohd Faizal bin Wan Ishak

Pengarah CERRM

Fakulti Sains &Teknologi Industri (FIST) Environmental, Water & Wastewater Treatment

EIA Consultant

2. Engr. Shariza binti Mat Aris

Timbalan Pengarah CERRM

Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) Green Building

Building Structure Assessment

3. Prof. Madya Dr. Rizalman bin Mamat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Green Energy, Engine & Testing
4. Prof. MadyaDr. Che Ku Mohammad Faizal bin Che Ku Yahya Fakulti Kejuruteraan Kimia &Sumber Asli (FKKSA) Biotechnology and Chemical Extraction
5. Dr. Edriyana binti A. Aziz Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) Environmental Management

 

6. Dr. Norazwina binti Zainol Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) Wastewater Treatment
7. Dr. Abu Zaharin bin Ahmad Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) Power Electronics Control, Power Conversion
8. Dr. Mohd Hasbi bin Ab Rahim Fakulti Sains &Teknologi Industri(FIST) Biosynthesis & Separation Technology
9. En. Aziman bin Abdullah Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) Green Concept in IT Perspective
10. Engr.Wafty binti AbdRahman FakultiKejuruteraanAwam&SumberAlam (FKASA) Hydraulic, Hydrology and Green Energy
11. Pn.Siti Fatimah binti CheOsmi FakultiKejuruteraanAwam&SumberAlam (FKASA) Fluid Mechanics and Environmental Engineering
12. Pn. Nadiah binti Mokhtar Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) Solid Waste & Wastewater Treatment

 

 

 

 

 

 

PROFESOR ADJUNG CERRM

Sepanjang penubuhan Pusat Penyelidikan & Pengurusan Sumber Alam atau CERRM, terdapat dua orang Profesor Adjung telah dilantik untuk membantu mengiatkan lagi perkembangan CERRM iaitu :

  1. DR. NASEHIR KHAN BIN E.M. YAHAYA merupakan Ketua Penolong Pengarah , di Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia mempunyai kelulusan PhD dalam Kejuruteraan Sungai serta mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pemuliharaan sungai, tasik dan persisiran pantai. Dengan pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung CERRM, telah membuka dimensi baharu apabila menjadikan kelestarian air yang melibatkan sumber air, hidrologi, sungai, pantai dan kualiti air sebagai bidang kedua selepas bioteknologi untuk dijadikan pemecut dan tujahan ke arah kecemerlangan penyelidikan CERRM sebagai sebuah pusat kecemerlangan pada masa hadapan.

Kepakaran yang dimiliki oleh beliau telah menjadikan aset penting dalam mengukuhkan lagi CERRM dalam persada penyelidikan nasional. Berlandaskan kepakaran beliau, CERRM telah menjemput beliau dalam satu program Syarahan Umum yang bertajuk River Management, River of Life & Innovation kepada pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam, UMP pada 21 Disember 2011. Dalam pada itu, beberapa inisiatif untuk menjalankan penyelidikan mengunakan kepakaran yang dimiliki oleh Ir. Dr. Nasehir Khan bin E.M. Yahaya telah mula dirangka untuk memanfaatkan kepakaran yang dimiliki oleh beliau.

IR.MOHD ABDUL NASSIR BIN BIDIN merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir, Jabatan Pengaliran Dan Saliran Malaysia mempunyai kelayakan, kepakaran dan pengalaman yang amat luas dalam bidang kawalan pemuliharaan sungai, kawalan dan pengurusan banjir. Dengan pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung CERRM mulai 19 Januari 2013, membantu CERRM dalam pembangunan bidang penyelidikan dan pembangunan, projek perundingan bersama industri serta member khidmat perundingan dan syarahan berdasarkan bidang kepakaranbeliau.

Kepakaran dan pengalaman beliau sepanjang berkhidmat selama 32 tahun di Jabatan Pengaliran Dan Saliran Malaysia dalam bidang pengairan, saliran pertanian, saliran bandar, tebatan banjir, kejuruteraan sungai dan kejuruteraan pantai telah memberi keistimewaan dan nilai tambah kepada CERRM dalam meningkatkan imej yang berprestij dalam bidang penyelidikan dan penyelidikan CERRM dan UMP.

 

PROJEK PERUNDINGAN

PROJEK PERUNDINGAN – TAHUN 2012
BIL. KLIEN NAMA PROJEK NILAI (RM)
1. CAIC, UMP PenilaianStruktur Blok Z, di ProjekNaiktaraf Blok Z, UMP (UCT120106)
2. KembangSerantauSdn. Bhd. Environment Monitoring Plan of The Proposed Construction and Completion Of Packages 3 (Diary Complex) of the Muadzam Shah Cattle   Research
3. JPPH, UMP MemberiKhidmatPerundingandanPemantauanuntukProjek Eco Protect dan Green Map di TebingTasik C, Universiti Malaysia Pahang, Pekan.
4. PETRONAS MTBE Balok River Monitoring for Petronas MTBE
5. MARIMAS Environmental Monitoring Plan (EMP)- Muadzam Shah Cattle Research & Innovation Centre Pahang (UIC110104)
6. MARIMAS Environmental Monitoring Plan (EMP),   ProjekLebuhrayaPantaiTimurFasa 2 Pakej 1B, from CH 3,750 (FeldaNeram 1) ke CH 6,700 (SgJabor) (UIC110114)
7. JabatanPengairan Dan Saliran (JPS) ProjekMengumpul,Membekal, danMenyediakan Data-Data Hidrologitermasuk Data-Data Analisis di Tapakdan di MakmalsertaPelanTindakanRancanganKawalanKualiti Air bagiLembangan Sungai Galing, Kuantan Pahang.
JUMLAH KESELURUHAN

KONTRAK PENYELIDIKAN

KONTRAK PENYELIDIKAN – TAHUN 2012
BIL. KLIEN NAMA PROJEK NILAI (RM)
1. SIRIM Berhad ProjekKincirAngin di UMP Pekan

(Renewable Energy)

1) Wind Turbine – 506,500.00

2) Solar Panel – 9,000

3) Building/kabin – 6,800

4) Econ+lampu = 2,434

5) Bekalanelektrikkekabin – RM 10,150

2. Petronas Chemical MTBE Sdn. Bhd. “Biodiversity Project – Research on Balok River Ecosystem” (UIC 120705)
JUMLAH KESELURUHAN

SENARAI KOLABORASI CERRM


SENARAI KOLABORASI CERRM – TAHUN 2012
BIL. INSTITUSI JENIS KERJASAMA AKTIVITI / BIDANG KERJASAMA
1. University of Seoul-UMP MOU
2. University of Tuzla-UMP MOU
3. Ministry of Education BNH-UMP MOU
4. Canton City Local Authority-UMP MOU
5. CCA SYSTEM SDN BHD-CERRM NDA Research & Development for Improvement of the CCA Blocks.
   

 

 

AKTIVITI-AKTIVITI DAN PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN

PUSAT PENYELIDIKAN & PENGURUSAN SUMBER ALAM (CERRM)

BIL. PROGRAM TARIKH TEMPAT
1. BengkelPengurusanPenyelidikan Multi-Disiplin 5-6 Januari 2012 Hotel MS Garden, Kuantan
2. Seminar ‘Managing River Health’ 1-2 Mac 2012 Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
3. CeramahIndustrioleh Prof. Adjung

– Integrated River Basin Management

10 April 2012 Bilik Seminar, Perpustakaan
4. International Conference on Green Technology & Ecosystem for Global Sustainable Development (ICGTec2012) 28-30 Mei 2012 University of Tuzla, Bosnia &Herzagovina
5. Seminar “The Experience of South Korea in Reviving the Rivers” 16 Julai 2012 Hotel Pan Pacific, KLIA
6. Mesyuarat&BengkalSemakanPelanStrategikdanPencapaian 2012 CERRM 3 Oktober 2012 Hotel MS Garden, Kuantan
7. National Innovation Apprentice 2012 (NIA 2012) 22 – 23 Oktober 2012 UMP

 

 

LAMPIRAN BERGAMBAR

UMP UoS BH 1

               Berita Harian: UMP,UoS Jalin Kerjasama Pelestarian Sungai

 UoSPaper

                         Berita Harian: Jalinan Kerjasama Penyelidikan UMP,UoS

WilayahBH

 Berita Harian: Manfaat Rawatan Air Bawah Tanah

Disediakan oleh :                                                                   Disahkan oleh :

Rahiatul Adawiyah Bt Mohd Ruslan                                       Dr.Wan Mohd Faizal B Wan Ishak

Penolong Pendaftar CERRM                                                               Pengarah CERRM